06 Oktober
3:00 PM GMT+8
YouTube
Ketahui cara mengenal pasti apabila momentum pergerakan pembetulan mula melemah dan bila trend utama berpotensi untuk bersambung semula.
Dalam webinar ini, anda akan mempelajari Momentum Discrepancy Reversal Point (MDRP), iaitu teknik yang membandingkan pergerakan harga semasa pembetulan dengan bacaan RSI. Anda juga akan belajar mengenal pasti corak MDRP Up dan MDRP Down serta menggabungkannya dengan struktur pasaran dan pengesahan harga untuk menilai potensi sambungan trend.
Anda akan belajar cara untuk:
Radin Kusyairi mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam perdagangan pasaran kewangan dan industri broker. Sepanjang kerjayanya, beliau telah memperoleh pengalaman dari kedua- dua sudut dalam industri iaitu sebagai pedagang aktif yang berdepan pergerakan pasaran serta sebagai profesional dalam operasi dan pengurusan broker.
Gabungan pengalaman ini memberikan beliau pemahaman yang lebih menyeluruh tentang pasaran kewangan serta industri broker. Selain pengalamannya dalam pasaran, Radin turut aktif dalam pendidikan kewangan dan perkongsian ilmu pengetahuan serta kini berkhidmat sebagai tenaga pengajar di CEMD Trading Academy.
Pendekatan pengajaran beliau memberi tumpuan kepada analisis pasaran yang praktikal dan sistematik dengan penekanan pada penyampaian konsep dagangan secara jelas serta mudah diaplikasikan dalam keadaan pasaran sebenar.