Di HFM kami menawarkan derivatif ke atas pelbagai mata wang Kripto paling popular termasuk Bitcoin, Ethereum, Ripple dan Litecoin dengan syarat dagangan yang menarik, spread yang rendah serta pelaksanaan pantas. Buka akaun dagangan sebenar dan gunakan platform dagangan berkuasa serta alat profesional untuk berdagang dalam pasaran hari ini dengan kelebihan teknologi moden.
Mata wang Kripto ialah sejenis mata wang digital atau maya yang dilindungi oleh teknik kriptografi, menjadikannya sangat sukar untuk dipalsukan atau diguna semula. Ia berfungsi melalui sistem rakan ke rakan yang 'tidak berpusat' antara pengguna menggunakan teknologi blockchain iaitu rekod digital yang disimpan oleh pelbagai komputer.
Salah satu ciri utama Mata Wang Kripto ialah lazimnya tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa pusat, menjadikannya lebih tahan secara teori terhadap campur tangan kerajaan.
Mata wang Kripto yang tidak mempunyai bentuk fizikal serta sifatnya yang tidak berpusat dan berubah-ubah hasil penggunaan teknologi blockchain menjadikannya sesuai untuk dagangan. Dagangan mata wang Kripto ialah aktiviti membuat spekulasi terhadap pergerakan harga mata wang melalui akaun dagangan CFD atau membeli memegang dan menjual syiling sebenar melalui bursa.
Dengan CFD mata wang Kripto, anda boleh berdagang dalam pasaran Kripto tanpa memerlukan dompet digital, sekaligus memberikan perlindungan tambahan daripada risiko penggodam menceroboh dompet Kripto anda. Selain itu, kebanyakanmplatform dagangan menggunakan komunikasi yang dilindungi SSL bagi memastikan persekitaran transaksi yang selamat.
Pedagang juga boleh membuat spekulasi terhadap naik turun harga mata wang Kripto dan memanfaatkan acara besar seperti kejatuhan Kripto dalam beberapa tahun kebelakangan ini tanpa perlu memiliki atau menyimpannya secara fizikal.
CFD mata wang Kripto menggunakan leveraj memberikan anda peluang untuk memperoleh pendedahan yang lebih besar kepada mata wang Kripto berkaitan dengan deposit permulaan yang rendah dan dikenali sebagai margin. Apabila posisi berleveraj ditutup, keuntungan atau kerugian anda akan ditentukan berdasarkan saiz keseluruhan posisi tersebut.
Memandangkan CFD membenarkan anda membuka posisi jual, anda boleh melindungi diri daripada kerugian pada posisi yang anda pegang.
Kami sentiasa berusaha menawarkan spread yang sangat kompetitif di pasaran.
HFM menyediakan perlindungan baki negatif percuma kepada semua pelanggan serta langkah keselamatan dana yang lain termasuk pengasingan dana dan penyimpanan akaun di bank-bank utama.
Dengan Aplikasi HFM baharu, anda boleh mengakses lebih 500 pasaran, mengurus portfolio untuk pelbagai akaun, menyesuaikan dagangan dan rekod terperinci untuk setiap dagangan.
Sama seperti dagangan CFD lain, dagangan CFD mata wang kripto juga bersifat spekulatif. Anda boleh membuka posisi ('beli') jika anda menjangkakan nilai mata wang kripto akan meningkat atau membuka posisi 'jual' jika anda menjangkakan nilainya akan menurun.
Mata wang Kripto sangat dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan, sentimen pasaran, peraturan kerajaan dan liputan media. Sifatnya yang berubah-ubah boleh membuka peluang kepada pedagang tetapi juga mampu membawa kepada risiko yang lebih tinggi. Jangan ambil risiko melebihi kemampuan anda!
Pasaran mata wang kripto yang luas dan kemunculan mata wang Kripto baharu secara berterusan boleh membantu mempelbagaikan portfolio anda. Terokai semua mata wang Kripto yang boleh didagangkan HFM
Ketahui cara berdagang mata wang Kripto dengan HFM. Terdapat banyak sebab mengapa pasaran mata wang Kripto sangat popular. Misalnya, terdapat pelbagai jenis mata wang Kripto yang boleh dipilih, pasaran ini beroperasi 24 jam sehari dan keupayaan untuk berdagang secara atas talian menjadikan pasaran ini lebih mudah diakses berbanding sebelum ini.
Di HFM, kami menawarkan peluang kepada anda untuk berdagang mata wang Kripto popular sebagai derivatif tanpa perlu memiliki aset digital tersebut. Nikmati dagangan 24/7, margin yang rendah dan fleksibiliti untuk berdagang dalam pasaran menaik atau menurun.
Pusat Pendidikan HFM dipenuhi dengan pelbagai bahan pembelajaran untuk membantu anda memahami konsep dan strategi asas yang diperlukan bagi memulakan dagangan supaya anda dapat melangkah ke pasaran dengan lebih yakin.
Sebelum anda berdagang, terdapat beberapa langkah yang perlu anda ikuti. Buka akaun dagangan sebenar dan mulakan dagangan mata wang Kripto dalam masa kurang daripada 2 minit:
Daftar bersama HFM dengan melengkapkan borang atas talian serta menghantar dokumen KYC untuk mengesahkan akaun anda.
Masukkan Dana dalam akaun anda menggunakan salah satu kaedah kami yang pantas, mudah dan selamat.
Itu sahaja! Anda kini boleh mengakses semua kelas aset dan mula berdagang mata wang Kripto.
Harga mata wang Kripto boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk penawaran dan permintaan, saiz modal pasaran, perubahan peraturan, berita dan liputan media serta spekulasi harga.
Sama seperti aset dagangan lain, harga mata wang Kripto dipengaruhi oleh hubungan antara penawaran dan permintaan. Bekalan mata wang Kripto yang terhad boleh meningkatkan permintaan dan menyokong kenaikan harga.
Permintaan terhadap mata wang Kripto telah mendorong penciptaan mata wang baharu serta teknologi, ciri tambahan, naik taraf dan penyenaraian di bursa. Apabila semakin ramai pedagang memasuki pasaran, teknologi juga perlu berkembang seiring dengan permintaan bagi memastikan sistem terus bergerak pantas.
Nilai semua mata wang Kripto yang berada dalam pasaran serta pandangan pengguna terhadap perkembangannya turut memainkan peranan. Semakin tinggi modal pasaran sesuatu mata wang Kripto, semakin dominan anggapannya dalam keseluruhan pasaran mata wang Kripto.
Acara penting seperti pengumuman data ekonomi, pendaftaran produk mata wang Kripto dengan SEC, sebarang perubahan peraturan, pelanggaran keselamatan dan kemerosotan ekonomi boleh mempengaruhi nilai mata wang Kripto.
Berita memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minat pelabur. Berita positif untuk pelabur mata wang Kripto kebiasaanya akan menyebabkan harga meningkat, manakala berita negatif pula boleh menyebabkan harga menurun.
Jadual di bawah memaparkanWaktu Dagangan bagi mata wang Kripto yang boleh didagangkan di platform HFM. Walaupun pasaran Kripto dibuka 24/7, tempoh yang biasanya dianggap waktu terbaik untuk berdagang mata wang Kripto adalah seperti berikut:
Data sejarah menunjukkan bahawa aktiviti pasaran memuncak semasa pertindihan antara sesi Amerika Syarikat dan London (14:30-16:30 GMT).
Jumlah dagangan yang tinggi bagi CFD mata wang Kripto biasanya dilihat sekitar jam 8:00 GMT apabila pasaran Eropah dibuka dan pada jam 17:00 GMT apabila pasaran Eropah ditutup.
Apabila keadaan pasaran lebih jelas, pelabur dapat membuat jangkaan terhadap prestasi masa hadapan dengan lebih mudah.
Harga mata wang Kripto boleh dipengaruhi oleh pelbagai jenis berita, sama ada yang dijangka mahupun tidak. Contohnya, termasuk perubahan kadar faedah, berita berkaitan peraturan Kripto, inflasi dan berita industri.
Mata wang Kripto boleh didagangkan di semua platform kami termasuklah platform HFM, MetaTrader 4 dan MetaTrader 5! Platform yang popular dan berkuasa ini membolehkan setiap pedagang berdagang mengikut gaya, lokasi dan peranti pilihan mereka. Dagangkan mata wang Kripto pada bila-bila masa dan di mana sahaja daripada peranti anda dengan platform HFM!
Platform dagangan paling popular di dunia
Dagangan pelbagai aset pada satu platform berkuasa
Berdagang di mana sahaja dengan Aplikasi HFM
Anda boleh mula berdagang mata wang Kripto dengan HFM dalam masa kurang 2 minit! Buka akaun dagangan sebenar dengan melengkapkan borang atas talian yang ringkas dan memberikan maklumat profil anda. Kemudian, tambah dana ke dalam akaun dagangan anda menggunakan salah satu kaedah kami yang pantas, mudah dan selamat dan mula meneroka pelbagai kelas aset kami untuk mula berdagang!
HFM menyediakan pelbagai jenis akaun tanpa keperluan deposit minimum. Anda juga boleh menikmati leveraj sehingga 1:50 bagi mata wang Kripto, spread yang rendah, perlindungan baki negatif dan dengan pelaksanaan pantas. Layari halaman Akaun Dagangan kami untuk maklumat lanjut.
Mata wang Kripto boleh didagangkan di semua platform kami termasuklah platform HFM, MetaTrader 4 dan MetaTrader 5! Platform yang popular dan berkuasa ini membolehkan setiap pedagang berdagang mengikut gaya, lokasi dan peranti pilihan mereka. Dagangkan mata wang Kripto pada bila-bila masa dan di mana sahaja daripada peranti anda dengan platform HFM!
Walaupun pasaran mata wang Kripto boleh didagangkan 24/5, waktu terbaik untuk berdagang biasanya ialah semasa pertindihan sesi pasaran, pada waktu pembukaan dan penutupan pasaran Eropah apabila arah pasaran lebih jelas atau selepas berita berkaitan mata wang Kripto dikeluarkan.